Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kehebatan wanita berdiri di atas teguh imannya..Seluruh kehebatan yg ada pada Khadijah adalah kehebatan sempurna bagi seorang wanita..
Hidup di dunia ini bukan sekadar suatu kembara yg akan berakhir tatkala nafas terakhir kita terhela,jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad..Sebaliknya,tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula..
Wallahu a'lam~
~* Doa Solat Dhuha :
" Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha MU..
Kecantikan itu kecantikan MU..
Kekuatan itu kekuatan MU..
Kekuasaan itu kekuasaan MU..
dan Perlindungan itu perlindungan MU..
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah..
dan jika ada di dalam bumi keluarkanlah..
jika sukar mudahkanlah..
jika haram sucikanlah..
jika masih jauh dekatkanlah..
berkat waktu dhuha.. Keagungan MU.. Keindahan MU.. Kekuatan MU dan Kekuasaan MU..
limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh. "
Amin..~*
SIRAH.
MALAIKAT JIBRIL AS MENEMUI MALAIKAT MALIK AS UNTUK MEMINTA API KEPERLUAN NABI ADAM AS.
Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya Allah swt telah mengutus Malaikat Jibril as menemui Malaikat Malik yang ditugaskan untuk menjaga api neraka, dengan tujuan supaya Malaikat Jibril dapat membawa api untuk kegunaan masak memasak bagi Nabi Adam as.
Berkata Malaikat Jibril as: "wahai Malik, aku telah diutuskan oleh Allah swt supaya mengambil api neraka untuk kegunaan Nabi adam."
Berkata Malaikat Malik: "wahai Jibril, berapa banyakkah yang kamu mahu?"
Berkata Jibril as: "sebiji buah kurma."
Lalu Malaikat Malik berkata: "tahukah kamu wahai Jibril, kalau aku berikan kepada kamu api sebesar buah kurma, maka akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasannya."
Kemudian Jibril as berkata: "kalau begitu berilah aku api tersebut separuh dari biji kurma."
Lalu berkata Malaikat Malik: "kalau aku berikan kepadamu api neraka ini seperti yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak dapat menurunkan walaupun setitik air ke bumi, dan ini akan menyebabkan tidak akan tumbuh sebarang tanaman."
Mendengar akan penjelasan dari Malaikat Malik, maka Jibril as pun berdoa kepada Allah swt untuk memohon bantuan.
Berkata Jibril as: "Ya Allah, beritahulah kepadaku sebanyak manakah yang harus aku ambil api neraka ini."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: "ambillah api itu sebesar biji sawi."
Setelah mendapat arahan dari Allah swt, maka Malaikat Jibril pun mengambil api tersebut dan lalu membasuhnya di 70 buah sungai di syurga dan kemudian Jibril as mendapatkan Nabi Adam as dan meletakkan api tersebut di gunung yang tinggi.
Sebaik sahaja Jibril as meletakkan api tersebut di atas gunung maka larutlah gunung itu dan api kembali ke tempatnya dan tinggal asapnya di batu sehingga sekarang.
Haruslah ingat bahawa api neraka itu sangat panasa ianya dijadikan oleh Allah swt terhadap orang-orang yang ingkar perintahnya, cubalah kita bayangkan kalau setitik api neraka yang tidak dicuci itu jatuh ke bumi ia akan menembusi tujuh petala langit dan bumi, dan bagaimanakah kalau Allah mengazabkan kita dengan api nerakanya. Oleh itu hendaklah kita bertawadhu' dan merendah diri kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment