Thursday, 15 September 2011

:: Siapakah orang yang sibuk? ::
# Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya, seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s #

:: Siapakah orang yang manis senyumanya? ::
♥ Orang yang mempunyai senyuman yang manis, adalah orang yang ditimpa musibah lalu berkata ia "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.. ♥

:: Siapakah orang yang kaya? ::
♥ Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.. ♥

:: Siapakah orang yang miskin? ::
# Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada, sentiasa menumpuk-numpukkan harta.. #

:: Siapakah orang yang rugi? ::
# Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan, namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan.. #

:: Siapakah orang yang paling cantik? ::
♥ Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.. ♥

:: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? ::
♥ Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati dgn membawa amal-amal kebaikan, di mana kuburnya akan di perluaskan seluas saujana mata memandang.. ♥

:: Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? ::
# Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.. #

:: Siapakah orang yang mempunyai akal? ::
♥ Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak, krn telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.. ♥



DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD
Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?
✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (Rahmati aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’afinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)
Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid...
indahnya maksud di sebalik ayat ini.. :-)



Diam ku berfikir; bicaraku berzikir.

Kritikanmu, Pujian untukku!

♥Assalamu'alaikum....Bila kesunyian melanda sanubari.Merasa diri amat hampa.Ada yg seakan hilang entah kemana.Hati merasa begitu trsiksa.Dimalam haripun selalu terjaga.Tatkala merasa tak seorang pun yg dpt memahami diri,tak ada tempat utk berbagi cerita,brbagi duka brbagi rasa.Ada yg selama ini terlupakan.Di saat itu sebenarnya للّهُ" brsama kita tapi ketahuilah bahwa للّهُ" selalu memberi PELANGI disetiap BADAI,SENYUM disetiap AIR MATA,BERKAH disetiap MUSIBAH,JAWAPAN disetiap DOA.
: Dengan mengeluarkan kata kata agama , tidak semestinya aku seorang ustazah . ♥ labuhnya tudung ku , tidak semestinya aku seorang yang alim . ♥ dengan menasihati orang lain , tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya . ♥ aku cuma insan biasa , yang mempunyai keinginan seperti kamu . ♥ cuma aku berkongsi , apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu . ♥ dan mengingati diri sendiri , supaya menjadi lebih baik (◕‿-)


“Cintailah manusia itu seadanya. mungkin suatu hari kamu akan membencinya .Bencilah manusia itu seadanya, mungkin suatu hari nti kamu akan mencintainya”. (Hadith riwayat at-Tirmidzi)

[1] Bersahabat dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.

[2] Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan mengingsafi.

[3] Memelihara perut daripada makanan yang HARAM

[4] Melakukan solat malam (tahajud)

[5] Selalu berzikir dan berdoa kepada Allah SWT

Perihal Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Monday, 12 September 2011

12 September 2011 bersamaan 14 syawal 1432 Hijrah

✿..ADAKAH KITA BERTEMU DENGAN ORANG YANG SALAH?..✿

Hakikatnya, kita akan BERTEMU dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat SUKAR untuk kita bersama dengan mereka..sebab pelbagainya manusia yang kita temui di dunia ini..terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya.

kerana BERLAINANNYA manusia itu adalah utk APA…..?

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Alhujurat: 13)

❤ untuk lita’arafu..
❤ untuk berkenalan..untuk mengetahui, memaknai manusia lain..
❤ Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain..
❤ Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai TAQWA tanpa membeza-bezakan manusia lain..

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasa dengan kita serta berlainan segalanya..sehingga sekecil2 PERBEZAAN kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri apatah lagi memutuskan silaturrahim..

Walaupun diri kita dengan dia,
satu AQIDAH, satu KEFAHAMAN dan satu CINTA pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha mencari titik PERSAMAAN
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah..

TAKKAN!

Kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita..setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita..dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita..walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia..namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita:
akan KEKURANGAN diri kita sendiri.

"Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati" (kata-kata hikmah Arab)

Setiap JODOH dan PERTEMUAN tentunya telah ditetapkan oleh Allah, untuk kita belajar sesuatu darinya..tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah… semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.

Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih..kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah rabbul jalil
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah? kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

♥..Itulah dia ALLAH..♥

Kerana dihitung perbezaan-bezaan , memang akan semakin menjadikan hati kita jauh..namun, those does not matter, sebab ALLAH sahaja yang mem"bind"kan hati kita insyaAllah. And He Knows best..(◕‿◕)

Thursday, 7 July 2011

Kasih Sejarak 2 Jari

Inni mimma akhaafu alaikum mimba'di
Ma yuftahu alaikum min zahratid dunia
      Wa zinatihaa
      Wa zinatihaa
(Sabda nabi yang bermaksud):
Kurasakan gelisah terhadapmu
     pabila ku tiada
terbukalah.. perhiasan dunia kelak kau
            terpedaya...


Anna wa kaafilul yatim, fil jannati haakadza...
     Aku dan penjaga yatim piatu...
Di syurga, ditempatkan bersama....
    Kaulah teman sejati..
Ini janjiku padamu(ummat)


Ana wa anta seumpama...
      Dua jari  ini...
Aba wa anta seumpama...
      Dua jari ini...


~Mu'adz Dzulkefly~